Nasionalpilihan

Bertekak sambil hayun sabit, wanita warga emas berstatus OKU ditahan

POLIS menahan seorang wanita warga emas berusia 66 tahun dan berstatus orang kelainan upaya (OKU) kerana telibat satu insiden perseilisihan faham di Taman Bukit Segar, Cheras hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menyiasat kes berkenaan selepas menerima laporan daripada mangsa pada semalam.

“Mangsa dalam kes ini mengatakan telah berselisih faham dengan wanita tersebut di mana kejadian tersebut didapati telah tular di laman media sosial Facebook.

“Siasatan awal dapati punca kejadian adalah kerana mangsa telah menegur saspek yang memandu di jalan sehala menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan yang lain di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, ketika kejadian, suspek telah datang dengan menunjukkan kad OKU sambil mengangkat tongkat yang diikat dengan sabit serta cuba memukul ke arah mangsa.

Ujarnya, bagaimanapun, mangsa dalam kejadian ini tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita telah menahan suspek untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, saksi bebas yang melihat kejadian diminta tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan. Pegawai penyiasat kes SJN Ahmad Faizal Bin Hasan boleh dihubungi di talian 0197691924 / 03-89114222. -SM

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button