Nasional

121 mangsa penipuan di Myanmar selamat dibawa pulang

SERAMAI 121 rakyat Malaysia disyaki menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di utara Myanmar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.24 pagi tadi.

Mangsa yang terkandas di Laukkaing, Myanmar, dibawa pulang menerusi penerbangan khas Air Asia AK9106 dari Kunming, China.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.

Mohamad berkata misi pemindahan ini diselaraskan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, melalui sempadan Myanmar-China, bermula pagi semalam dengan kerjasama dan persetujuan negara-negara terlibat.

Menurutnya, tindakan pemindahan ini dilaksanakan susulan pertemuan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama kedua-dua Naib Perdana Menteri China, Liu Guozhong dan Ding Xuexiang, semasa lawatan rasmi beliau ke China pada 16 November lalu.

Beliau berkata semua rakyat Malaysia yang terkandas telah diberikan bantuan konsular dan logistik sebaik memasuki China melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, termasuk penyelarasan penerbangan khas dari Lapangan Terbang Cangyuan Washan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui.

“Kerajaan Malaysia juga membantu membawa pulang seorang warganegara Indonesia dari Laukkaing selepas menerima permohonan rasmi daripada kerajaan Republik Indonesia,” katanya kepada pemberita di KLIA hari ini.

Rakyat Malaysia berusia antara 20-an dan 50-an dibawa pulang berikutan pergolakan di Laukkaing, utara Myanmar. – SM

Baca : Raja Muda, Raja Puan Muda terima mengadap deligasi GASIS

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button