Uncategorized

Cuti Aidiladha dua hari sukarkan guru

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) wajar mempertimbangkan cuti asal Aidiladha yang telah dipendekkan kepada dua hari tanpa sebarang cuti tambahan.

Menurut jurucakap Parlimen PKR bagi portfolio pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata keadaan itu mendatangkan kesukaran kepada guru yang telah merancang perjalanan pulang ke kampung terutamanya merentasi Laut China Selatan.

“Kebanyakan guru yang telah membeli tiket penerbangan mengadu takwim baharu ini akan merumitkan keadaan mereka untuk pulang, kerana kadar tiket baharu sudah tentu akan lebih mahal,” kata Nik Nazmi.

KPM baru-baru ini mengumumkan takwim akademik yang baharu. Takwim asal cuti Aidiladha selama lapan hari iaitu dari 25 Julai hingga 2 Ogos.

Bagaimanapun takwim baharu telah memendekkan cuti Aidiladha kepada dua hari sahaja iaitu pada 31 Julai dan 1 Ogos.

“Saya faham situasi seperti ini berlaku kerana Kementerian Pendidikan ingin memadatkan takwim untuk menggantikan hari-hari pelajar tidak datang ke sekolah.

“Namun, hari-hari pelajar tidak datang sekolah bukanlah bermaksud ketika itu guru-guru sedang bercuti. Ketika PKP, PKPB dan sekarang PKPP; guru-guru bekerja keras dari rumah untuk memastikan pembelajaran dalam talian berlangsung dengan lancar,” kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu.

Menurut beliau, dengan membawa semula cuti Aidiladha yang asal dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk beraya bersama keluarga.

Ini memandangkan ada guru yang tidak dapat pulang ke kampung kerana sekatan perjalanan rentas negeri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk Kementerian Pendidikan mendengar saranan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) untuk mengekalkan cuti Aidiladha yang asal,” kata Nik Nazmi.-SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button