fbpx
Berita

Bukan Mahathir sahaja ulas isu India, seluruh dunia bimbang nasib Islam di India

DALAM isu yang membabitkan isu penganut Islam di India, bukan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sahaja yang mengulas mengenainya, malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyatakan pendirian bahawa akta tersebut secara asasnya adalah bersifat penindasan.

Presiden Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Setiausaha Agong PBB, Anthony Guteres sendiri menyatakan kekhuatirannya terhadap penggunaan kekerasaan oleh pihak polis ketika berdepan dengan demonstrasi yang membantah akta yang membabitkan umat Islam itu merebak di seluruh India.

“PBB juga mengingatkan kerajaan India terhadap tanggungjawabnya menjamin hak samarata kepada rakyatnya tanpa diskriminasi berasaskan agama dan kaum.

“Jutaan rakyat di India bangkit dan mengadakan bantahan di jalan raya yang telah melibatkan beberapa rakyat ditembak mati dan ratusan cedera serta ribuan ditangkap.

“Apakah kerajaan India mahu berselindung dibalik kenyataan bahawa isu ini adalah urusan dalam negaranya, padahal rakyatnya sendiri menentang keras akta yang dilihat anti Muslim itu?” Kataya dalam satu kenyataan,


Dr. Mahathir menyatakan pendapatnya bahawa kesan dari akta itu memangsakan rakyat India yang berbilang agama.

“Ada yang sudah terbunuh . Hanya ini yang dinyatakan oleh beliau. Kenapa India berasa tidak senang dengan kenyataan Tun Mahathir?” Tanya Mohd Azmi.

Malah katanya, Mapim bersetuju dengan pandangan Dr. Mahathir bahawa penganut Islam, Kristian dan Hindu telah hidup berdamping sejak sekian lama di India. Kenapa sekarang kerajaan India mahu melaksana akta yang mendiskriminasi atas dasar agama?

“Jika pandangan Tun Mahathir dianggap tidak tepat oleh India, maka apakah pendapat jutaan rakyat India yang berdemonstrasi di India sudah lebih seminggu itu juga tidak tepat?

“Kami bertegas bahawa kerajaan BJP melalui kumpulan fanatik nasionalis Hindu RSS di India sedang menegangkan hubungan antara agama.

“Akta yang diperkenalkan ini jelas mengenepikan Muslim dalam proses pendaftaran kerakyatan.

“Kehadiran 200 juta Muslim yang bermastautin di seluruh india sejak ratusan tahun tidak disenangi oleh puak fanatik nasionalis BJP dan RSS. Banyak kes “mob lynching” yang serangan terhadap Muslim berleluasa di India. Termasuk oleh puak “cow vigilante” iaitu kumpulan pelindung lembu yang menyerang Muslim yang memakan daging lembu.

“Kami mengesa kerajaan India berhenti menegangkan hubungan antara hubungan.

“Kami juga mengesa kerajaan India supaya sedar implikasi dari akta itu yang akan memberi kesan negatif kepada keharmonian hubungan abtara agama di India.

“Pandangan Dr. Mahathir hanya mengingatkan India supaya jangan mengenepikan hak golongan minoriti,” katanya. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button