fbpx
Hiburan

Nash Lefthaded, Zulhandy Black, Lola XPDC bergabung cari dana untuk surau

KETIADAAN undangan persembahan melibatkan golongan penyanyi dek kerana pandemik Covid-19 tidak menghalang golongan ‘rockers’ untuk berbakti menggunakan bakat mereka.

Demi mengutip dana untuk surau-surau, Datuk Nash Lefthanded, Zulhandy Black, Lola XPDC dan Assalam buskers sanggup meluangkan masa untuk membuat persembahan khas demi mengutip dana.

Persembahan yang diberi nama Tazking Online Rockers Berselawat adalah bersempena meraikan bulan Maulidur Rasul.

Kesemua artis yang ada terlibat dalam tazkirah, berselawat dan sesi basking secara secara langsung menerusi beberapa akaun Facebook milik beberapa surau yang terlibat.

Program ini juga adalah bertujuan untuk mengutip dana bagi disalurkan ke semua surau yang memerlukan.


Bagi mereka yang merindukan aksi-aksi rockers tempatan sambil mendapat ilmu boleh melayari laman Facebook Viral Kuliah SKR.

Sesi siaran langsung akan bermula 8.30 malam hari ini. -SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button