Nasional

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima hakim di Istana Negara.
Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hanipah Farikullah dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara kepada tiga Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Su Tiang Joo, Alexander Siew How Wai dan Amelati Anak Parnell.
Antara yang turut hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Hanipah dan Vazeer Alam sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan, manakala tiga yang lain sebelum ini ialah Pesuruhjaya Kehakiman.
(Visited 24 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button