Rencah Hidup

Nama tokoh dari China, Dr. Chen Man Hin tersergam megah di Seremban

Lim Kit Siang pernah menulis kepada sebuah portal berita bahawa mendiang Dr. Chen Man Hin bukan sahaja dilahirkan di China malah warisan etniknya juga dari negara terbabit.

Namun setelah mendapat kerakyatan sebagai warganegara Malaysia, Kit Siang menggambarkan Man Hin sebagai tokoh tauladan kerana mempunyai Impian Malaysia.

Impian Malaysia ini bermaksud semua rakyat dalam negara ini harus menghapuskan Impian Melayu, Impian Cina, Impian India, Impian Bumiputera dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, Man Hin memberi isyarat bahawa Malaysia cuma akan maju jika Melayu atau Bumiputera yang menjadi tuan kepada tanah ini ‘beralah’.

Orang-orang China yang mendapat kerakyatan di negara ini tidak bercerita pun bahawa sebelum 1948, British hadiahkan satu juta keluarga Cina tanah bandar serta komersil.

Hasilnya mereka boleh cagarkannya kepada bank dan memiliki wang tunai berbanding orang-orang Melayu atau Bumiputera yang sering dilabel miskin serta malas.

Bayangkan kalau British tidak hadiahkan satu juta keluarga Cina itu tanah bandar serta komersil, apa yang mereka boleh cagar kepada bank untuk teruskan survival?

Namun perkara ini tiada dalam buku teks sekolah kerana ia adalah dokumen top secret namun pada zaman serba digital ini, segala dosa silam pun boleh dikorek kembali.

Maka bukanlah nasi menjadi bubur, selagi orang Malaysia mahu negara ini maju duniawinya, lupakanlah segala perkara berkait dengan jati diri bangsa.

Sebaliknya, minta lagi nama-nama mereka yang lahir di luar Malaysia tetapi mendapat kerakyatan di negara ini, agar nama-nama mereka boleh tersergam di lebih banyak papan tanda nama. – SM 

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 2,012 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button