Nasionalpilihan

Kes wanita dibunuh: Lima warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan

POLIS menahan enam individu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita Indonesia yang ditemukan di dalam sebuah kedai makan di Rinching, Semenyih pada 28 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua yang ditahan ialah seorang lelaki warga tempatan, tiga warga Myanmar dan dua warga Pakistan dan kesemuanya berusia antara 30 hingga 50 tahun.

“Salain tangkapan, turut ditemukan bersama suspek ialah telefon bimbit, dokumen peribadi milik mangsa, barang kemas, wang tunai (RM2,400) dan pakai milik suspek yang mempunyai kesan darah.

“Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian adalah disebabkan kelaran benda tajam di hadapan leher, belakang tengkuk dan tepi pipi mangsa,” kataya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaid, motif kejadian adalah dipercayai akibat cemburu dan kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 5 Oktober depan.

Tambahnya, mayat masih belum dituntut dan waris kini sedang dikesan.

Terdahulu, polis mengesahkan telah menemukan mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berpakaian di dalam sebuah kedai makan dan disyaki menjadi mangsa bunuh.

Polis menerima maklumat berkaitan bau busuk itu daripada orang ramai kira-kira pukul 7.33 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. -SM

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button