Hiburan

Samakan isteri dengan haiwan, Aliff Aziz tularkan netizen

Kadang-kadang kita pun tak tahu apa yang difikirkan sesetengah netizen sebelum melemparkan sesuatu mesej negatif terhadap orang lain.

Itu yang terjadi kepada penyanyi, Bella Astillah yang disamakan dengan ‘babi’ oleh seorang netizen selepas dia memuat naik gambar badannya yang kini sedang mengandung.

Bukan sekali, tetapi beberapa kali juga Bella mendapat mesej yang menyamakan dia dengan haiwan tersebut dan tidak diketahui apa motif sebenar netizen itu.

aliff
Gambar IG Aliff Aziz

Terkesan dengan apa yang terjadi, Aliff Aziz yang juga suami kepada Bella bertindak menularkan netizen tersebut di laman Instagramnya.

BACA> Cucu Elvis Presley maut tertembak diri sendiri

Aliff menganggap menggunakan perkataan kasar terhadap seorang wanita yang sarat mengandung adalah sesuatu yang sangat tidak menghormati orang lain.

“Inilah akibatkan bila diri tiada sifat moral untuk menghormati orang yang lain.

“Lepas itu mengeluarkan kata-kata kesat dengan ibu mengandung tak tidak pernah membuat salah dengan kau,” katanya.

Aliff turut memuatnaik mesej yang diterima isterinya itu.

Bella kini sedang sarat mengandung dan sedang menanti hari untuk melahirkan anak keduanya yang dijangka pada 17 Julai depan.

BACA> Hairul Azreen teruja dapat raket Chong Wei

Aliff bagaimanapun tidak dapat bersama dengan isterinya ketika bersalin disebabkan dia berada di Singapura dan pintu sempadan yang masih belum dibuka. -SM

(Visited 723 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button