Negeri

Hotel di Kelantan disanitasi tarik pelancong dalam, luar negara

Jom Cuti Bersama Firefly dilancarkan

PERLU yakin selamat, baru menginap. Selepas tempoh hibernisasi disebabkan oleh wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia, industri perhotelan yang berkait rapat dengan industri pelancongan terjejas teruk.

Biarpun bantuan daripada kerajaan dihulurkan namun usaha daripada pihak pengusaha hotel harus dipertingkatkan agar orang ramai tidak kira sama ada pelancong domestik ataupun pelancong dari negara luar, merasa yakin untuk menginap di hotel-hotel yang ditawarkan di dalam negara.

Menantikan pintu masuk di lapangan terbang dibuka, pengusaha hotel bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan dalam menjalankan proses sanitasi.

Proses sanitasi di semua hotel di negeri cik siti wan kembang ini dapat mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan pelancong untuk menginap di hotel-hotel apabila berkunjung ke negeri di pantai timur ini.

Rata-rata pelancong memang suka berkunjung ke Kelantan kerana masakannya enak, juadah kuih muihnya yang menjadikan air liur pelancong domestik sentiasa ‘kecur’ setiap kali teringatkan akoknya yang lazat, laksam dan ayam percik yang enak.

Tidak hairanlah jika Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman menyeru semua pengusaha dan pihak pengurusan hotel melibatkan diri dalam program mensanitasi premis penginapan masing-masing.

BACA Rugi biar agensi luar teroka pasaran pelancongan digital tempatan

Beliau berkata, erajaan Kelantan akan bekerjasama dengan pengusaha hotel untuk menjalankan proses mensanitasikan semua hotel di negeri itu bagi meningkatkan keyakinan pelancong selain menjamin penginapan yang selamat.

Menurut Md Anizam, program itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini bagi memacu kembali industri pelancongan yang diakui oleh beliau, terjejas teruk akibat wabak Covid-19.

“Meskipun wabak ini belum berakhir secara total tetapi industri pelancongan perlu diteruskan terutamanya peringkat domestik.

“Oleh itu masyarakat perlu mengambil peluang bercuti ke Kelantan kerana negeri ini kaya dengan budaya dan khazanah alam semulajadi,” katanya.

BACA Airbnb sokong insentif kerajaan dalam sektor pelancongan

BERNAMA melaporkan, beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam Program Ekspresi Media Kelantan 2020 dan pelancaran pakej “Jom Cuti Bersama Firefly” di Kota Bharu, malam tadi yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See dan Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd. Yusof.

Menyentuh tentang pakej “Jom Cuti Bersama Firefly” , pakej yang dilancarkan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Menerusi pakej yang dirangka di dalam kempen Cuti-Cuti Malaysia yang turut mendapat kerjasama hotel terpilih di Kelantan dengan menawarkan baucer RM30 dan diskaun penginapan. – SM

 

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button