Politik

Nak sangat darurat, isytihar Darurat Ekonomi – Ibrahim Ali

UMPAMA mimpi jika Perdana Menteri membuat pengumuman secara rasmi negara diisytiharkan darurat. Pandangan berbeza diterima oleh SUARA MEREDEKA dan ada yang mengatakan bahawa darurat tidak perlu jika ia untuk menyekang penularan wabak Covid-19 gelombang ketiga yang melanda Malaysia.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih adil utk negara dan rakyat. Darurat jika diisytiharkan dilihat akan mengekang semua aktiviti khususnya pembangunan ikhtisad semua pihak.

Negara akan lebih malang dengan adanya tentangan rakyat terhadap kerajaan dan lebih membimbangkan, akan berlaku huru-hara dan ketenteraman awam sukar dijaga.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negara Barat seperti Amerika pun ditentang sebahagian besar rakyatnya.

Memetik perkongsian seorang pemerhati politik, katanya, di Malaysia, keresahan rakyat makin meluap-luap tentang dua situasi yang sedang melanda sekarang iaitu Covid-19 dan kecamukan politik. Indeks jenayah akan meningkat. Kepercayaan pelabur asing akan tergugat.

pakejIni bukan soal perundangan tetapi lebih dari sudut pentadbiran negara. Tan Sri Annuar Musa boleh bagi 1,000 point tetapi rakyat boleh bagi 2,000.

Pandang betul-betul ke bawah. Nak selamatkan negara dan rakyat atau nak selamatkan cengkaman Muhyiddin dan puak di atas?

Kalau sudah darurat, mengapa perlu sokongan lagi melainkan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mahu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Oleh itu, jika mahu darurat kesihatan, jangan dilibatkan politik. Kalau mahu darurat betul-betul, Parlimen digantung, Perdana Menteri dan Kabinet terlucut. Darurat di tangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Presiden Parti Putra Malaysia, Datuk Dr. Ibrahim Ali berpendapat, Kabinet membuat keputusan agar Yang di-Pertuan Agong  memberi perkenan agar diistiharkan DARURAT EKONOMI kerana Covid-19 dan mustahil untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) jika Dewan Rakyat dibubar.

“Memang semua mengakui negara dalam keadaan cemas akibat Covid 19 dan kepimpinan negara yg tidak stabil. Persoalannya, bagaimanakah untuk mengatasi kemelut dan krisis ini?” soal Ibrahim.

Beliau berkata, mengistiharkan DARURAT EKONOMI membawa makna dan tuduhan ia adalah strategi untuk mengelak undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Belanjawaan 2021 akan gagal mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

Ini sudah terang lagi bersuloh… Ia umpama bawa lari TIANG GOL bolasepak, kata Ibrahim.

Ibrahim menambah, apa yang dilakukan oleh Muhyiddin semalam adalah cara untuk dia terus kekal berkuasa dan semua orang nampak termasuk yang mata rabun.

“Kenapa tidak dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk diisytiharkan Darurat penuh seperti 13 Mei 1969 dan meletakkan negara di bawah MAGERAN selama dua tahun?

“Negara dan rakyat makin cemas, apakah perlu tunggu huru hara dahulu, baharu perlu isytihar darurat sepenuhnya?

“Bukankah MENCEGAH atau “prevention” itu lebih baik dari mengubati… bila sudah dirasai mula timbul pelbagai masaalah yang sukar diatasi.

“Apabila Darurat penuh di istiharkan maka terserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik siapa yang sesuai menjadi Pengarah Mageran,” ujar Ibrahim.

Agong

Pada hemat Ibrahim, banyak masalah negara boleh diselesaikan di bawah Mageran dan kembali kepada proses demokrasi mengikut masa yang ditetapkan.

“Namun pilihan yang terbaik juga sebagai jalan penyelesaian ialah Dewan Rakyat bersidang segera dan biar Ahli Dewan Rakyat menentukan sokongan kepada kepimpinan negara atau Perdana Mengeri sekarang.

“Jika gagal mendapat sokongan majority maka terserah kepada Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri boleh cadang bubar Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi terpulang kepada budi bicara baginda Tuanku sama ada untuk bubar atau tidak.

“Baginda Tuanku Agong juga boleh mula proses segera mencari calon Perdana Menteri yang baharu iaitu yang mendapat sokongan majoriti.

“Atau Yang di-Pertuan Agong serah terus kepada Dewan Rakyat untuk menentukan calon yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Pariimen dan Ahli-Ahli Parlimen boleh mencadangkan sesiapa sahaja sebagai calon Perdana Menteri sebelum proses undi dimulakan,” kata Ibrahim.

Berlapang dadalah semua. Utamakan kepentingan rakyat dan negara. Prinsip Telus dan Berintegriti sahaja yang dapat memuaskan hati semua pihak, kata Ibrahim. – SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button