Alam SekitarHaiwanLuar Negara

Najin Si Badak Putih Utara Terpaksa Undur Diri Daripada Teruskan Proses Pembiakan!

SALAH satu daripada dua badak putih utara yang terakhir di dunia telah diundurkan daripada program pembiakan di mana program itu adalah merupakan usaha untuk menyelamatkan spesies tersebut daripada kepupusan.

Para saintis mengatakan bahawa mereka memutuskan untuk berhenti mengambil telur Najin, salah satu daripada dua badak putih utara, yang berusia 2 tahun mengikuti ‘penilaian risiko etika’ dengan mempertimbangkan umurnya dan faktor lain.

Menurut laporan BBC, Najin dan Fatu, anak perempuannya, tidak mampu membawa kandungan mereka sehingga lahir.

Jantan terakhir daripada spesis ini telah mati pada tahun 2018, namun spermanya telah dikumpulkan dan digunakan untuk menyuburkan telur badak putih utara itu.

Prosedur mengestrak telur badak ini melibatkan sepasukan doktor haiwan menggunakan teknik yang telah dikembangkan selama bertahun-tahun penyelidikan.

Telur yang telah diestrak dibawa ke makmal di Itali untuk persenyawaan, iaitu dengan menggunakan sperma daripada dua jantan yang telah mati.

Setakat ini, 12 embrio telah berjaya dibuat dan para saintis berharap untuk menanamnya ke dalam ibu tumpangan yang telah dipilih daripada populasi badak putih selatan.

BioRescue, iaitu sekumpulan penyelidikan yang menerajui skema pembiakan itu mengatakan bahawa mereka telah mempertimbangkan beberapa risiko sebelum memutuskan untuk berhenti mengambil telur Najin.

“Mengundurkan seekor haiwan daripada program pemuliharaan oleh kerana mempertimbangkan kesejahteraan haiwan itu biasanya tidak menjadi persoalan yang harus difikirkan lama-lama.

“Akan tetapi jika haiwan itu adalah merupakan 50 peratus daripada populasi, kamu akan turut pertimbangkan keputusan ini beberapa kali,” kata ketua doktor haiwan Frank Göritz and Stephen Ngulu.

Seperti usia lanjutnya, imbasan ultrasound menunjukkan beberapa tumor kecil yang tidak berbahaya pada servik dan rahim Najin serta sista di ovari kirinya.

Tetapi BioRescue mengatakan bahawa Najin akan tetap menjadi sebahagian daripada skema itu dengan cara lain seperti menyediakan sampel tisu untuk penyelidikan sel induk.

Diharapkan dia juga dapat ‘memindahkan pengetahuan dan tingkah laku sosialnya’ kepada keturunannya masa depan.

Badak putih utara berada di ambang kepupusan disebabkan oleh pemburuan liar dan kemusnahan habitat.

Najin dilahirkan di zoo binatang Czech tetapi telah dipindahkan setelah satu dekad berada di sana ke Pusat Pemeliharaan Oi Pejeta di Kenya, di mana dia berada di bawah perlindungan bersenjata. – SM

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button