Politik

573 jadi calon PRN, seorang warga emas dan calon termuda 23 tahun

LEBIH 500 individu atau secara tepat angkanya 573 kertas penamaan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sebagai Wakil Rakyat atau Ahili Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, hari ini.

Dalam mengisi boring penamaan calon, ada juga calon yang terkhilaf dengan natijahnya, satu kertas pencalonan telah ditolak oleh SPR dan ini telah disahkan oleh Pengerusi SPR sendiri, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Macam manakah agaknya calon Bebas di DUN N09 Kota Lama, Kelantan boleh tersilap mengisi borang penamaan calon? Wallahuaklam.

Kalau dilihat calon-calon yang bakal bertanding pada PRN di bawah bendera biru gelap (Pakatan Nasional atau PN) ramai juga yang menjadi calon.

PN bersama rakan sekutunya, parti PAS meletakkan paling ramai calon iaitu 246 orang. Akan tetapi agak mustalil jika kesemua calon PN dan PAS ini boleh menang atau sapu bersih pada hari mengundi, 12 Ogos ini.

PRN enam negeri ialah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Calon-calon PN dan Pas yang bertanding, mari kita pecahkan jumlah atau bilangannya untuk kita ketahui siapakah yang mendominasi antara PN dan PAS.

Ya, sudah semestinya PN sebab dia BROTHER. Jadi, BROTHER ada 168 calon manakala  PAS pula seronok dapat meletakkan 78 calon.

Lawan jangan tak lawan, menang tak bermaruah pun tak mengapa kerana gendang PRN sangat kuat bunyi paluannya yang mana dalam tempoh dua minggu, bermula hari ini, selepas hari penamaan calon, semua calon harus LOMPAT MACAM KIJANG.

Tak kisahlah artis macam ALTIMET atau nama sebenarnya, SYED AHMAD yang bertanding di Lembah Jaya, turun ke bawah atau padang untuk memujuk para pengundi potensi agar memangkah muka mereka. Eh! Memangkah parti yang diwakili oleh mereka!

PN dan PAS sudah dimaklumkan di atas berapa ramai calon yang mereka letakkan, nak juga tahu kolaborasi BARISAN NASIONAL (BN) dengan PAKATAN HARAPAN (PH).

Simpan ini baik-baik untuk rujukan, jangan tanya lagi kerana kalau ditanya juga, akan mendapat jawapnya, “hang tak baca ka? Baca lah! Tak kan aku nak suap!”

Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan 138 calon manakala BN bersandarkan kepada 108 orang calon. Boleh tahan angka calon yang mewakili PH dan BN pada PRN 2023 ini.

Selain daripada gabungan dominsi PN-PAS dan BN-PH, ada lagi calon-calon daripada parti-parti lain yang telah menghantar borang penamaan calon dan diterima ‘cantik’ oleh SPR.

Tak kisahlah, kehadiran calon-calon ini dipandang sebagai calon DUDUK ATAS PAGAR KALAU MENANG atau calon pecah undi Melayu!

Mereka yang bertanding sebagai calon Bebas ada seramai 41 pencalonan. Boleh tahan ya jumlah yang berdiri sebagai calon BEBAS pada PRN ini.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq tampil dengan 19 calon manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM)  pula ada 13 orang yang bakal bertanding. Pasti Fuziah Salleh berpuas hati dengan 13 calon PRM.

Dua parti iaitu MUDA dan PRM memulakan langkah awal bismillah pada PRN di enam negeri dengan agak bergaya dan pasti lebih bergaya segak kalau menang banyak kerusi DUN.

Malaysia ni sebuah negara yang bukan sahaja demokratik tetapi banyak parti politik. Benar dan ia bukan lawak pentas untuk stand up comedian jadikan bahan.

Ada Parti Sosialis Malaysia yang meletakkan empat calon, Parti Barisan Penang yang selama ini tak pernah bikin kecoh, meletakkan dua orang calon dan Parti Utama Rakyat yang mungkin baharu tumbuh macam cendawan selepas hujan, meletakkan calon tunggal iaitu satu.

PRN Kedah dengan kempen kuat hentam kiri kanan, langgar dan sondol aje oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Sanusi Md Nor menyaksikan N34 Lunas sebagai satu-satunya DUN yang menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Pertandingan dua penjuru berlangsung di 181 kawasan pilihan raya adalah pertandingan dua penjuru, tiga penjuru di 51 DUN dan selebihnya, 13 DUN, empat penjuru.

Uniknya PRN ada calon warga emas, berusia 80 tahun, Ravinder berdiri sebagai calon PRM di DUN N36 Pantai Jerejak. Ini kalau menanglah calon warga emas ini, laratkah dia nak buat kerja-kerja ADUN? Kalau larat dan mampu,  baguslah.

Calon paling muda bertanding di DUN N19 Bukit Antarabangsa bernama Melalnie Ting Yi-Hlin yang baharu berusia setahun jagung.

Berumur 23 tahun, sayugia diingatkan bahawa ini PRN bukan pemilihan siapa nak jadi ketua darjah, siapa yang nak pimpin persatuan. – SM

BACA UMNO kedah bakal tampilkan lebih 30 peratus muka baharu calon PRN

BACA Annuar Musa saran calon PRN Johor guna saluran radio perkenal diri

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button