
Nasional
Najib tidak berjaya gugurkan tiga tuduhan pengubahan wang haram
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggugurkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM27 juta milik SRC International Sdn Bhd oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Memetik Astro Awani, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul mengesahkan perkara itu, semasa prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim K. Muniandy.
Ia menyentuh mengenai status representasi tersebut yang dihantar pada 31 Julai 2023.
Pihak pendakwaan juga memaklumkan bahawa kes berkenaan akan diteruskan ke perbicaraan penuh.
Pada 3 Februari 2019, Najib, 72, didakwa atas tiga pertuduhan menerima RM27 juta, yang didakwa hasil daripada aktiviti haram, menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan AmBank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014. – SM