MahkamahNasionalUncategorized

Najib tiba di Mahkamah Tinggi untuk bicara 1MDB

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara kes SRC International, tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes 1MDB.

Menurut laporan FMT hari ini, Najib dilihat keluar dari sebuah kenderaan SUV polis dengan berpakaian sut kelabu dan bertali leher pada kira-kira pukul 8.43 pagi tadi dengan kenderaan yang membawanya ke mahkamah diiringi sebuah van Jabatan Penjara.

Najib kemudian memasuki mahkamah yang dikawal ketat pihak berkuasa dan orang ramai dilarang menunggu di luar bilik mahkamah.

Najib berhadapan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang membabitkan jumlah yang sama.

Kelmarin, Selasa, Najib dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Disember 2021, Najib gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. – SM

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button