Nasional

Najib sedia hadapi apa jua keputusan esok

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesediaan untuk menghadapi apa jua keputusan mahkamah esok berhubung kes SRC.

Beliau menyatakan demikian jika keputusan pada hari esok memihak kepadanya ataupun tidak.

“Saya sudah bersedia. I am ready.

“Walau apapun keputusannya esok di Mahkamah Tinggi, ia tidak berakhir di sini.

“Sekiranya didapati tidak bersalah, sudah tentu pihak pendakwa raya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

BACA > Saksi ke-79 ‘berangan’ dapat projek besar, keliru identiti Datuk Ruzi — Suara Merdeka

“Sebaliknya jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada saya, sudah tentu saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang adil oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan esok.”

Demikian kata Ahli Parlimen Pekan itu yang berhadapan tuduhan dalam kes penyelewengan dana daripada SRC International Sdn. Bhd. dalam Facebooknya hari ini.

Terdahulu, beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan, penyalahgunaan kuasa untuk menyokong keputusan lembaga pengarah SRC.

“Saya dituduh salahgunakan kuasa untuk menyokong keputusan lembaga SRC meminjam RM4 bilion dari KWAP pada tahun 2011.

“Supaya saya boleh tunggu 4 tahun untuk menerima RM42 juta (1% dari RM4 bilion) pada akhir tahun 2014

“Seterusnya dibelanjakan sepenuhnya untuk kegiatan CSR dan politik.

“Wang itu dibayar kepada saya oleh sebuah syarikat swasta yang telah dibayar oleh sebuah lagi anak syarikat SRC untuk tujuan CSR (Tangungjawab Sosial Korporat),” ujarnya.

BACA > Covid-19: Khalid masih nafi luluskan himpunan tabligh — Suara Merdeka

Tambah Najib, beliau menghargai sokongan dan doa rakyat Malaysia sepanjang perbicaraan tersebut berlangsung.

Malah, beliau turut menyatakan tindakan pertuduhan ini sebagai satu bentuk penganiayaan dan permainan politik daripada Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan.

“Dua tahun yang berlalu ini bagaikan kegelapan dengan permainan politik kotor dan kekejaman PH.

“Hanya dengan sinar daripada sokongan rakyat selama ini yang memberikan saya kekuatan.

“Untuk bangkit melawan dan mendorong saya terus ke hadapan. Terima kasih saudara-saudari. Saya tidak putus asa.

“Ya, lepas ini kita ke Mahkamah Rayuan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga sekali lagi memaklumkan tidak mahu kesnya digugurkan.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10157240480920952/?type=3&theater

Sebaliknya mahu menggunakan peluang itu bagi membersihkan namanya daripada sebarang pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

BACA > Tony, Guan Eng, cubaan tutup skandal terowong – Najib — Suara Merdeka

“Saya tidak mahu mana-mana kes saya digugurkan seperti kerajaan PH menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng walaupun sudah bermula prosiding di mahkamah.

“Demi DAP dan Lim Guan Eng, undang-undang dan sistem kehakiman dimainkan begitu sahaja oleh PH.

“Saya tidak mahu. Saya mahukan keadilan, mahu membersihkan nama saya,” tegasnya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan tarikh keputusan kes berkenaan pada hari esok (28 Julai).

Tarikh penentuan itu diputuskan selepas mahkamah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak dan membaca hujahan yang panjang dan lengkap.

Menurut Mohd. Nazlan, mahkamah akan menimbang semua bukti dan keterangan saksi.

Kemudian akan memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah mengikut Seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah.

Najib pada Julai tahjun lalu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

BACA > Najib, isteri periksa barangan disita polis – Suara Merdeka

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi. – SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button