Politik

Hajiji calon Ketua Menteri Sabah – PM

CALON Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor akan dipilih sebagai Ketua Menteri.

Makluman itu dibuat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ibu Pejabat Bersatu di Tuaran pagi tadi.

Kenyataan Muhyiddin dipetik Utusan Malaysia berkata, Hajiji akan dipilih sebagai Ketua Menteri jika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menang di Sabah.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri ketika diiringi Hajiji bergerak ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Sulaman.

Turut hadir mengiringi Hajiji dan Muhyiddin adalah bekas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan perikatan BN dan PN yang akan bertanding dalam PRN Sabah bagi menumbangkan Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah Gabungan Rakyat Sabah.

Dalam gabungan tersebut menyaksikan BN bertanding di 40 kerusi dan PN pula 29.

Sementara Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyokong PN pula bertanding di 15 kerusi.

Bagaimanapun terdapat 11 kerusi DUN di Sabah menyaksikan persaingan sesama sendiri dalam Gabungan Rakyat Sabah. – SM

(Visited 638 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button