MahkamahNasional

Najib Razak bebas tuduhan salah guna kuasa 1MDB

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dakwaan salahguna kuasa dan menyebabkan pindaan pada laporan akhir audit 1MDB.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang didakwa bersubahat dalam membuat pindaan itu juga dibebaskan.

Hakim Zaini Mazlan mendapati pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie terhadap Najib di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib didakwa salahguna kuasa untuk mendapat kekebalan daripada tindakan undang-undang dan menyebabkan pindaan pada laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Mahkamah sebelum ini membenarkan permohonan pendakwa raya untuk memanggil Arul Kanda bagi memberikan keterangan bagi pihaknya. – FMT – SM

(Visited 1,101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button