Uncategorized

Najib pohon tidak bekukan aset

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak memohon untuk mengetepikan injunksi Mareva yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membekukan aset bernilai AS$681 juta (RM2.8 bilion) berhubung 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu memfailkan permohonan itu pada 18 Feb melalui peguam caranya Tetuan Shafee & Co.

Menurut laporan The Edge Markets, pesuruhjaya kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad menetapkan 6 Mei untuk mendengar permohonan Najib dan melanjutkan injunksi Mareva sehingga perbicaraan.

Pada 8 Feb, Atan Mustaffa dalam membenarkan permohonan ex parte 1MDB untuk mengenakan injunksi Mareva terhadap Najib, memerintahkan supaya aset bekas menteri kewangan itu sehingga AS$681 juta tidak boleh dilupuskan atau dihamburkan sehingga penentuan saman sivil AS$8 bilion. Yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya terhadap Najib dan bekas pengurusan kanan 1MDB.

Bagaimanapun, Najib dibenarkan mengeluarkan sehingga RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan guaman. Jika beliau memerlukan lebih banyak lagi, Najib perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada 1MDB dan Global Diversified Investment Company Ltd (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Ltd). Dia juga boleh memohon dan mendapatkan kebenaran mahkamah jika tiada kebenaran bertulis diberikan.

Perintah itu juga menyatakan bahawa beliau mesti membuat pendedahan bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified mengenai aset yang diletakkan di dalam atau luar negara di bawah namanya atau orang lain.

Pada 11 Feb, peguam 1MDB dan Najib mencapai persetujuan agar tuntutan mahkamah AS$8 bilion syarikat itu ditangguhkan sementara menunggu perbicaraan jenayahnya selesai. Perbicaraan ditetapkan untuk disambung semula pada 14 Mac.

1MDB dan anak syarikatnya telah memfailkan saman terhadap Najib dan beberapa defendan lain yang merupakan bekas pengarah atau lembaga penasihat dalam syarikat itu. 1MDB dan anak syarikatnya mendakwa AS$681 juta telah diselewengkan dan dipindahkan ke akaun najib.

 

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button