Politik

Najib pesan anaknya ke Perlis, destinasi pertama kempen BN

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menitipkan pesanan supaya anaknya, Nooryana Najwa bergerak ke Perlis sebagai destinasi pertama untuk berkempen bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jelas Nooryana Najwa inilah pesanannya yang diterima semasa ahli keluarga diberikan peluang untuk bertemu dengan Najib di penjara baru-baru ini.

Syed Atif menyambut kedatangan Nooryana Najwa di Bilik Gerakan BN Pauh, Pauh, Arau.

Katanya, sekalipun berada di penjara, Najib masih tetap mengambil berat ke atas perkembangan parti Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, Najib sangat berharap supaya semua ahli parti bersatu dan menumpukan sepenuhnya kepada berkempen bagi memastikan kemenangan BN.

Katanya, pesanan Najib semua harus bekerja keras sepenuhnya termasuk santuni pengundi, “walkabout” bagi menyakinkan rakyat bahawa BN adalah pilihan yang tepat.

“Najib berbangga kerana melihat kepimpinan pada kali ini meletakkan calon-calon muda yang profesional,” katanya kepada sidang media ketika melawat Bilik Gerakan BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh di Pekan Pauh, Arau petang ini.

Turut hadir, calon BN DUN Pauh, Syed Atief Syed Abu Bakar.

Sebelum itu Nooryana Najwa mengadakan perjumpaan tertutup selama sepuluh mint dengan Wanita BN Pauh.

Nooryana Najwa berkata, Syed Atif antara calon muda yang diletakkan di DUN Pauh sekaligus membuktikan kepimpinan telah memenuhi kehendak akar umbi.

Katanya, calon yang berkelulusan dalam bidang kejuruteraan ini disifatkan akan mampu menambat hati pengundi.

Nooryana Najwa juga memberitahu beliau juga akan turut membantu kempen Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, calon BN Parlimen Padang Besar.

Zahida masih dalam edah maka akan dibantu sepenuhnya oleh jentera parti untuk berkempen. – SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button