Nasional

PKP: Perutusan Khas Perdana Menteri 6 petang ini

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin akan membuat perutusan khas berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pukul 6 petang ini.

Perutusan khas itu akan disiarkan di saluran utama televisyen tempatan selain di Facebook rasmi Perdana Menteri.

 

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba dilaporkan berkata, pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 mungkin akan dilaksanakan bermula Rabu (13 Januari) ini jika dikuatkuasakan.

Pelaksanaan PKP2.0 dikatakan bertujuan untuk membendung penularan Covid-19 susulan kerisauan dizahirkan ramai pihak ekoran angka kematian yang tinggi dicatat dalam tempoh dua minggu pertama 2021.

Walau bagaimanapun, kerajaan dikatakan tidak akan melaksanakan PKP2.0 secara tergesa-gesa malam ini, seperti yang didakwa ramai pihak menerusi maklumat tular dalam media sosial.

Ini kerana, kerajaan dan pihak penggiat industri menyusun langkah perlu sekiranya PKP2.0 dilaksana bagi memastikan penguatkuasaan tidak memberi kesan besar kepada operasi industri.

“Rabu, beri masa pihak industri susun langkah perlu.” kata Dr. Adham kepada Suara Merdeka hari ini.-SM

(Visited 597 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button