Politik

Najib persoal mengapa lantikan politik DAP tidak disingkir dari GLC

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa selepas dua minggu kerajaan Perikatan Nasional berkuasa lantikan politik daripada DAP masih lagi memegang jawatan dalam badan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Perikatan Nasional diwujudkan dan mengambil alih pentabiran negara dengan tujuan untuk menyingkir pengaruh DAP dalam kerajaan.

“Tapi selepas dua minggu kerajaan PN wujud, saya tak dengar pun ada seorang lantikan politik DAP/PAN yang meletak jawatan. Kerajaan PN baik hati sangat kot,” sindir Najib.

Sebelum ini Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr. Kamarul Zaman Yusoff  telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin DAP yang telah dilantik untuk memegang jawatan dalam badan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Antaranya, Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Who yang dilantik sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (SEDA) dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng dilantik sebagai pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).

Turut dilantik ialah Ahli Parlimen Klang Charles Santiago sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan  Ahli Parlimen Bentong Wong Tack yang mengisi jawatan Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (MTIB)

Sementara Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai pula dilantik sebagai Duta Khas berstatus menteri ke China serta Ahli CEC DAP, AJK DAP Sarawak, Dr. John Brian Anthony yang menduduki Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Selain itu, Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) dan Mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam yang menduduki kerusi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa

Tidak ketinggakan Timbalan Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA).-SM

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button