Politik
Trending

Najib persoal artikel kecam Noor Hisham

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal penerbitan artikel yang mengecam Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, artikel berkenaan menuduh Noor Hisham sebagai dalang kepada kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu dalam membendung penularan Koronavirus Covid-19.

Katanya, PH gagal dalam menangani wabak pandemik itu di peringkat awal walaupun diberi amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

[BACA] Perjuangan Ebit Lew mulia, Allah sahaja yang mampu balas, kata Najib — Suara Merdeka

Hal berkenaan kerana menurutnya, Noor Hisham tidak memberi nasihat kepada kerajaan.

“Artikel ini mengaku bahawa gagalkrasi PH telah gagal dalam usaha dan persiapan untuk melawan wabak Covid dari segi dasar menentang amaran dan nasihat WHO.

“Membenarkan perhimpunan umum besar, kekurangan bekalan kelengkapan pelindung diri (PPE) dan kekurangan kapasiti untuk membuat ujian Covid-19,” katanya dalam Facebook hari ini.

Tambah Najib, portal yang menyiarkan artikel bertajuk ‘Malaysia’s Health Czar Under Fire‘, Asia Sentinel adalah pro kepada PH.

Menurutnya, penyebaran artikel tersebut melalui Facebook portal itu turut dibayar bagi memastikannya tersebar luas.

NOOR HISHAM
DR. NOOR HISHAM

“Entah kenapa portal Asia Sentinel yang sangat pro-PH ini tiba-tiba menyerang dan mengecam Ketua Pengarah KKM.

“Sendiri (PH) yang gagal, kenapa pulak nak salahkan orang lain? Penulis pula diberikan nama sebagai “Our Correspondent” sahaja. Apa motif Asia Sentinel? soalnya.

[BACA] Megat D Shahriman lepas jawatan Presiden Persatuan Kanu Malaysia — Suara Merdeka
[BACA] Kemenangan kepada pendengki, netizen simpati terhadap Ebit Lew — Suara Merdeka

Bagaimanapun artikel yang tidak mendedahkan nama penulis itu mengakui kelemahan PH.

Menurutnya PH enggan menerima amaran daripada WHO berhubung penganjuran perhimpunan Tabligh di Kuala Lumpur.

“Pada 12 Februari, Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Seri Dr. Dzulkifly Ahmad mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan amaran WHO apabila membenarkan acara perhimpunan umum diadakan,”

DZULKIFLY AHMAD

Dalam masa sama, artikel diterbitkan pada 23 April itu turut menyentuh Noor Hisham yang dilihat bersetuju dengan saranan Dzulkifly.

“Noor Hisham turut menyatakan acara berkaitan hal ehwal agama terutama berkenaan orang Islam untuk meneruskan aktiviti keagamaan.

“Keputusan sedemikian menunjukkan kelemahan pengurusan dan menyebabkan penyebaran Covid-19 sehingga mencecah ribuan orang dan juga 20 kematian,” katanya.

Dalam pada itu, artikel berkenaan turut menuduh Noor Hisham terlibat dalam skandal Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

[BACA] Agong zahir sokongan PKP dilanjutkan — Suara Merdeka
[BACA] Negara ratifikasi Konvensyen Pelarian UNHCR — Suara Merdeka

Menurutnya, Noor Hisham sebagai pengerusi MMC cuba menutup skandal berkenaan dan membenarkan doktor dituduh melanggar etika profesional dibebaskan tanpa hukuman. – SM

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button