Politik

Najib nafi tumpu kritikan terhadap Mohd. Shafie

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau menumpukan kritikan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Katanya, kritikan yang dilakukan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dalam media sosial menyentuh banyak perkara secara meluas.

Malah beliau juga nafi menumpukan kritikan terhadap Mohd. Shafie kerana Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dipilih menjadi calon Perdana Menteri.

“Adalah tidak benar saya hanya menyasarkan beliau kerana antara yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH).

“Malaysiakini pun sedar, saya banyak menulis mengenai pelbagai isu sejak PRU-14.

BACA > Aset Yayasan Selangor dijual kerana tidak ekonomik – MB Selangor — Suara Merdeka

“Ini termasuklah kritikan saya terhadap Warisan yang mendapat bantuan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi kerajaan melalui pintu belakang.

“Tun ketika itu mengugut untuk meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat wakil rakyat Sabah menyebabkan ramai lompat parti.

“Isu lain yang pernah saya bangkitkan terhadap beliau apabila melantik ahli Warisan dan kontrakor yang ditahan reman berkaitan skandal rasuah dalam syarikat Air Sabah.

“Saya juga mengkritik beliau yang masih pertahankan kontraktor berkenaan sebagai Pengarah Air Sabah walaupun Mahkamah Tinggi memaklumkan pelantikannya bertentangan dengan undang-undang.”

Najib berkata demikian menerusi satu kenyataan dalam Facebooknya berhubung laporan portal Malaysiakini bertajuk ‘Najib: Saya kritik Shafie sejak sebelum dia jadi calon PM lagi’.

BACA > Najib tidak boleh hadir Parlimen – Mahkamah — Suara Merdeka

Menurut beliau lagi, Mohd. Shafie dahulu ketika menjadi ahli Kabinetnya dalam Barisan Nasional dahulu sering mengamalkan pilih tender berbanding terbuka.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157209497590952?__tn__=-R

Katanya, bekas Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah itu antara segelintir ahli Kabinet yang akan mengemukakan surat rayuan kepadanya apabila beliau menolak permohonan pemilihan tendernya.

“Jika Mohd. Shafie menjadi Perdana Menteri, dia tidak perlu lagi menulis surat permohonan dan rayuan sedemikian.

“Beliau boleh luluskan rundingan terus atau pilihan tender seperti apa yang berlaku di Sabah sekarang termasuk pemberian terus kontrak penurapan semula jalan bernilai RM1.5 bilion.

“Kontrak tersebut diberikan pada Januari tahun ini termasuk kepada syarikat yang sama pengarahnya dalam pendakwaan rasuah terhadap Peter Anthony.

BACA > Najib: Shafie Apdal paling banyak minta tender terpilih — Suara Merdeka

“Adakah beliau masih tidak perasan yang semua kritikan saya sebelum ini dibangkitkan sebelum dicalonkan sebagai Perdana Menteri?” soal Najib. – SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button