Politik

Najib jelaskan sekali lagi bank tetap untung walau laksana moratorium pusingan kedua

KEPERLUAN melaksanakan moratorium secara automatik pusingan kedua adalah penting susulan gelombang ketiga pandemik Koronavirus (Covid-19) begitu teruk berbanding awal penularan.

OIeh demikian, tekanan ekonomi masih lagi mencengkam setiap lapisan rakyat seluruh negara dan menyukarkan mereka untuk berhadapan pada hari mendatang.

Justeru, pemberian moratorium selama enam bulan lagi adalah penting bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat ketika waktu sukar ini.

Selain itu, dengan peningkatan kuasa beli, kitaran ekonomi diyakini akan bergerak dengan lebih aktif apabila wujud galakan pembelian dalam kalangan pengguna.

“Laporan-laporan media terkini yang saya lampirkan di sini memetik penganalisis kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) masih penuh yakin bahawa bank-bank akan terus mencatat keuntungan.

“Biarpun negara masih dalam krisis Covid-19 biarpun mereka memberi moratorium pinjaman selama enam bulan.

“Bagi suku kedua tahun 2020 (dari Mei ke Jun), semua bank dalam Malaysia kekal mencatat keuntungan walaupun ia dalam tempoh tiga bulan paling sukar.

“Di mana bank diarahkan untuk memberi moratorium pinjaman serta operasi bank terganggu akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang paling ketat.

“Maybank – RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b), CIMB – RM277 juta (RM1.51b) dan RHB Bank – RM400 juta (RM615 juta).

“Public Bank – RM1 bilion (RM1.33b), Alliance Bank – RM104 juta (RM77 juta) dan Hong Leong Bank – RM525 juta (RM469 juta).

“Ambank – RM365 juta (RM391 juta), Affin Bank RM67 juta (RM156 juta) dan Bank Islam RM153 juta (RM195 juta).”

Demikian penjelasan diberikan bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebooknya hari ini.

Berdasarkan penjelasan tersebut, keuntungan yang diperoleh bank jauh berbanding kerugian yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dalam perbahasannya kelmarin.

Dalam Dewan Rakyat, Ahmad Fadhli memaklumkan bank akan mengalami kerugian RM1 juta hingga RM498 juta jika pemberian moratorium automatik dilaksanakan.

Jumlah tersebut dinyatakan beliau menerusi laporan daripada lapan buah bank.

Sementara itu, perbahasan Belanjawan 2021 yang dimulakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjurkan keuntungan bank menjelang akhir tahun ini sekitar RM30 bilion.

“Sebab itu, saya yakin bahawa semua bank dalam Malaysia mampu melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik sehingga 30 Jun 2021.

“Ia juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan peminjam selain memberi ruang untuk mereka menggunakan wang dalam tangan bagi perbelanjaan harian.

“Namun, peminjam yang mampu membayar sila terus membayar ansuran pinjaman,” kata Najib Razak lagi. – SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button