Nasional

Jaminan kebebasan media bukan bebas memfitnah, sebar salah maklumat

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, walaupun hak kebebasan media dan bersuara dijamin di negara ini tetapi ia tidak bermaksud mana-mana pihak bebas memfitnah dan menyebarkan maklumat yang palsu dan salah.

“Kita setakat ini tidak ada sebarang media rasmi dan media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan diambil apa-apa tindakan dan itu adalah jaminan.

“Secara amnya saya boleh kata kita tidak boleh benarkan sekiranya ada maklumat yang salah, berunsur fitnah, menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum) untuk dipermainkan oleh mana-mana pihak,” katanya kepada media selepas melancarkan kempen Astro #DemiNegaraku dan Home of Kids, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyekat beberapa portal berita, antaranya MalaysiaNow, UtusanTV dan TV Pertiwi yang didakwa memberi persepsi bahawa kerajaan menghalang kebebasan media.

Sementara itu, Fahmi berkata, kerangka kawal selia Home of Kids yang dibangunkan Astro membolehkan ibu bapa menetapkan siaran tertentu tanpa kerisauan apabila meninggalkan anak-anak menonton sendirian.

“Ibu bapa harus waspada dengan kandungan yang disiarkan di televisyen atau media sosial supaya anak-anak selamat daripada sebarang bentuk fahaman negatif,” katanya.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Astro menawarkan pelbagai kandungan menarik menerusi dua saluran percuma #DemiNegaraku iaitu di saluran 100 untuk pelanggan Astro dan NJOI bermula 20 Ogos-17 Sept dan Ultraman di Saluran 400 untuk semua pelanggan Astro pada 20 Ogos-30 Sept. – BERNAMA

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button