Hiburan

Siti Nurhaliza lahirkan bayi lelaki pagi tadi

DATUK Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendapat bayi lelaki selepas penyanyi tersohor itu selamat bersalin pagi ini.

Menurut Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd. Siti Nurhaliza melahirkan anak kedua melalui kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.

Siti Nurhaliza dan bayi seberat 3.84 kilogram ketika ini berada dalam keadaan baik dan sihat.

Pihak pengurusan Siti Nurhaliza memaklumkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. -Instagram/@ctdk

“Suami beliau Datuk Seri Khalid melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

“Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasangan tersebut berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan kedua itu.

Anak pertama pasangan itu Siti Aafiyah juga dilahirkan melalui program yang sama.-SM

 

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button