Politik

Najib imbas perpecahan Melayu kerana Tun M

PENUBUHAN Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipercayai memecahbelahkan lagi orang Melayu.

Bagaimanapun, perkara ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh Ahli Parlimen Langkawi itu.

Malah, keadaan sama pernah dilakukan beliau ketika baru menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1980-an.

“Pejuwang (Pejuang) kata orang Melayu tak pandai.

“Asyik tubuh parti baru untuk pecah belahkan kuasa orang Melayu hanya kerana mahu jadi ketua parti untuk rebut kuasa, kata kepala pejuwang.

BACA > Mahkamah tolak permohonan 33 ADUN Sabah – Suara Merdeka

“Mari kita belajar sejarah.

“Tahun 1980an, untuk kekalkan jawatan dia sebagai presiden dan PM apabila jawatan dia dicabar, Pejuwang tubuh UMNO baru untuk singkirkan geng Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan Tunku Abdul Rahman.

“Maka Melayu pecah belah apabila mereka yang disingkirkan pejuwang tubuh parti Semangat 46.”

Demikian sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebooknya hari ini mengulas penubuhan Pejuang.

Terdahulu, Dr. Mahathir bersama kumpulan penyokongnya menubuhkan parti baharu, Pejuang selepas beberapa bulan digugurkan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

MELAYUMereka yang menyertai Pejuang seperti Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh (Sri Gading).

BACA > Rumah kondominium jadi lokasi simpan barang tiruan – Suara Merdeka

Turut menyertainya ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) dan Senator Datuk Marzuki Yahya.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor turut menyertainya seperti Harumaini Omar (Batang Kali), Mohd. Shaid Rosli (Jeram) dan Sallehudin Amiruddin (Kuang).

Penubuhan Pejuang juga menyaksikan Dr. Mahathir menjadi Pengerusi dan anaknya, Mukhriz, Presiden.

Sementara itu, menurut Najib Razak, perpecahan Melayu yang didakwa disebabkan oleh Dr. Mahathir termasuk timbalannya dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, selain Tun Ghaffar Baba dan Tun Musa Hitam yang pernah disingkirkannya, Presiden PKR itu juga tidak terkecuali selepas dikatakan mahu mencabarnya.

“Tahun 1990-an, untuk kekalkan jawatan dia sebagai presiden parti dan PM apabila dia ditentang Anwar, pejuwang singkirkan geng Anwar.

BACA > Artikel tulisan Cina dakwa Asri Janggut, Isma, PPIM ada ‘agenda tersembunyi’? – Suara Merdeka

“Maka Melayu pecah belah lagi apabila mereka yang disingkirkan pejuwang tubuh parti PKR,” jelasnya.

Malah, beliau turut mendakwa bekas Pengerusi Bersatu itu turut mendengar nasihat Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang bagi menubuhkan parti baharu.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157300385965952?__tn__=-R

Ini kerana beliau yang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu enggan melayan tuntutan Dr. Mahathir.

“Tahun 2010-an, demi menjadi Pengerusi Parti dan merebut jawatan PM sekali lagi apabila Presiden UMNO tidak lagi mahu akur tuntutan dia dan tidak sokong anak dia jadi Naib Presiden parti.

“Dia tubuh parti Bersatu atas nasihat Kit Siang untuk pecah belahkan Melayu lagi.

BACA > Tulisan Jawi: ‘Maszlee dahulu diarah letak jawatan’ – Suara Merdeka

“Tahun 2020-an: demi menjadi Pengerusi Parti dan merebut jawatan PM sekali lagi atau merebut jawatan Timbalan PM bagi anaknya, dia tubuh parti Pejuewang untuk pecah belahkan Melayu lagi,” ujarnya. – SM

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button