Jenayah

Tiga keldai akaun ditahan

POLIS menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 24 hingga 37 tahun dalam Operasi Mule Account di Petaling Jaya, pagi tadi.

Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 8.30 pagi selepas terlibat sebagai keldai akaun hingga menyebabkan kerugian mangsa berjumlah RM47,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek-suspek ada yang tahu dan tidak mengetahui bahawa akaun bank mereka telah digunakan sindiket untuk tujuan aktiviti penipuan.

“Nombor akaun mereka ini diperoleh menerusi sejarah membuat pinjaman wang Ah Long, kehilangan kad bank dan menjual akan bank mereka untuk mendapat upah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, mangsa akan diperdaya sindiket menerusi pelbagai cara iaitu tawaran pinjam wang tidak wujud, pembelian barangan dalam media sosial, menipu urusan sewa bilik atau rumah dan lain-lain lagi.

Jelasnya, sindiket akan memberikan nombor akaun bank suspek yang dijadikan keldai akaun kepada mangsa bagi urusan pembayaran atau deposit wang.

“Kesemua suspek keldai akaun telah dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari ini.

“Kita akan cuba mengesan keldai akaun dan sindiket tidak bertanggungjawab ini kerana telah menjadikan individu yang tidak bersalah sebagai mangsa keadaan,” katanya. -SM

(Visited 724 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button