Sukan

Man United tunjuk kekuatan belasah Southampton 9-0

TUNJUK kekuatan, mungkin itu yang cuba ditunjukkan oleh Manchester United kepada pesaingnya apabila menyamai rekod Liga Perdana dengan kemenangan 9-0 ke atas Southampton.

Tetapi The Saint bermain dengan sembilan orang.

Kemenangan itu meletakkan United sama mata dengan Manchester City di persada liga.

Bagi The Saint, ini adalah kekalahan teruk kedua kerana sebelum ini juga dibelasah 9-0 oleh Leicester musim lalu di St Mary yang menyamai rekod dibuat United berdepan Ipswich pada 1995.

Man City bagaimanapun masih ada kelebihan dengan memiliki dua perlawanan dalam tangan berbanding United untuk meneruskan kelebihan mereka dalam pemburuan gelaran yang akan bermula menentang Burnley awal pagi esok.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengingati kembali memori pemburuan gelaran pada 2011/12 apabila City merampas gelaran daripada mereka menerusi perbezaan gol.

Itu alasan pasukannya tidak menunjukkan belas kasihan.

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button