Bencana alam

Ragut 70,000 Nyawa 266 Tahun Lalu, Gempa Bumi Musnahkan Kota Lisbon!

GENAP 266 tahun gempa bumi dahsyat yang memusnahkan kota Lisbon dan membunuh 1/3 populasi Lisbon.

Gempa bumi tersebut berlaku pada 1 November 1755 ketika sebahagian besar penduduk ibu kota Empayar Portugal ke gereja meraikan “All Saints’ Day” yang merupakan hari suci umat Kristian.

Gegaran pertama daripada tiga fasa gempa bumi telah berlaku kiri-kira jam 9.40 pagi selama 10 minit dengan magnitude 8.0-9.0.

Gegaran pertama tersebut telah meruntuhkan bangunan di Lisbon termasuk gereja-gereja besar yang penuh denga para penganut dan membunuh mereka di dalamnya.

Gempa bumi tersebut telah menyebabkan kebakaran dahsyat yang merebak dan marak membakar seluruh kota selama lima hari yang berpunca daripada lilin-lilin yang dinyalakan sempena hari suci tumbang dan api dapur bertaburan.

Selepas 40 minit gempa berlaku, kota yang telah musnah itu dilanda tsunami setinggi 6 meter yang menghentam kota-kota pesisir di sekitarnya hingga ke Kepulauan Caribben dan Greenland.

Bencana ini merupakan antara gempa terdahsyat dalam sejarah kerana telah meragut kira-kira 70,000 nyawa di Portugal dan Sepanyol serta Maghribi turut terkena tempiasnya.

Selain itu, 85 peratus bangunan di Lisbon musnah termasuk istana, perpustakaan dan muzium yang mashur.

Bangunan yang banyak menampilkan seni bina unik Manueline dari kurun ke-16 bersama segala khazanah ilmu dan kesenian berharga yang terdapat dalamnya turut musnah.

Bencana dahsyat tersebut telah menunjukkan ketegangan politik Empayar Portugal dan menghentikan cita-cita untuk terus meluaskan kuasanya.

Sementara itu, golongan agamawan melihat bencana tersebut diturunkan tuhan sebagai satu hukuman kepada kerakusan mereka.

Gempa bumi tersebut merupakan gempa yang pertama dikaji secara saintifik, mencetuskan pengajian seismologi moden dan kejuruteraan gempa. -SM

 

 

(Visited 354 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button