Politik

Tak benar Pas, UMNO tandatangan SD sokong Muhyiddin sebagai PM

LAPORAN portal berita kononnya Pas dan UMNO menandatangani akuan bersumpah (SD) memilih Tan Sri Muhyiddn Mohd. Yassin sebagai Perdana Menteri adalah tidak benar.

Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berkata, Pas dan UMNO telah mahukan Dewan Rakyat dibubar.

“Laporan berita ini tidak benar sama sekali. PAS dan UMNO kekal dengan cadangan untuk parlimen dibubarkan.

“Sebarang kenyataan rasmi PAS hanya daripada Presiden dan Setiausaha Agung secara bertulis,” kata Takiyuddin.

The Star hari ini mendakwa Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Pas dan UMNO yang kini membentuk kerjasama Muafakat Nasional telah menandatangani akuan bersumpah (SD) memilih Tan Sri Muhyiddn Mohd. Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurut laporan itu, Tuan Ibrahim berkata, Muafakat Nasional pada mulanya menandatangani SD memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Bila Dr. Mahathir umum peletakkan jawatannya dan menolak jawatan tersebut, Muafakat Nasional menandatangani SD untuk Muhyiddin.

“Bagaimanapun jika tidak majoriti yang jelas, kami mencadangkan Parlimen dibubar,” kata Tuan Ibrahim.-SM

 

 

 

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button