NasionalUncategorized

Najib berdiri teguh bersama Ebit Lew

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdiri teguh bersama-sama dengan Ebit Lew dalam ‘perang dingin’ yang dicetuskan oleh penyanyi rap Caprice terhadap personaliti dakwah itu.

Najib berkata, tidak kena pada masanya untuk mengkritik Ebit ketika pendakwah bebas itu masih dalam tempoh bersedih berikutan kematian ayahnya baru-baru ini.

“Ustan baru sahaja kehilangan arwah ayah tersayang. Kenapa pula hendak kritik dia pada ketika ini? I stand with you, Ebit Lew,” kata Najib ringkas di media sosialnya.

Baru-baru ini Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32 berkongsi mesej panjang lebar berkenaan misi kemanusiaan yang dilakukan Ebit Lew di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Caprice mendakwa Ebit telah menggunakan kanak-kanak di Gaza sebagai bahan kandungan media sosial yang disifatkan olehnya sebagai tidak wajar.

Bagaimanapun selepas mendapat kritikan keras daripada warganet Caprice berubah nada.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, gangguan fikiran itu berlaku susulan terbit kekecewaan kerana usaha jihadnya diganggu pihak luar.

“Ramai cakap saya mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu. Ini bukan isu kemurungan tetapi berkaitan dengan usaha jihad yang sedang dilakukan.

“Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan ‘naik gila’ apabila ada yang mula mempertikai dan mencabar jihad saya. Semuanya pasti menjadi luar kawalan,” katanya.

Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir menegaskan dia terpaksa meluahkan kekecewaan itu akibat hubungan baiknya dengan UEL kini renggang disebabkan campur tangan pihak luar.

Dia juga berharap hubungannya dengan UEL akan kembali pulih kerana dia sangat menyanjungi serta menjadikan aktivis itu sebagai idolanya.

“Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama dengan perkara yang berlaku di Gaza. Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan pihak lain. Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah,” katanya.-SM

 

 

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button