Nasional

Degil: 519 individu ingkar PKPB ditahan

MENTERI Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 519  individu ditahan semalam kerana enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, daripada jumlah itu, kegagalan untuk mematuhi penjarakan sosial menjadi kesalahan tertinggi melibatkan 206 individu manakala 126 individu tidak memakai pelitup muka serta 67 individu gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri.

“Kesalahan lain adalah premis beroperasi lebih masa (23), aktiviti pusat hiburan (sembilan) dan lain-lain (88),” katanya dalam satu kenyataan berhubung PKPP hari ini.

Daripada jumlah yang ditahan itu, 511 individu telah dikompaun, empat direman dan bakinya dijamin.

Mengenai Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata, enam pendatang asing berjaya diberkas dengan tiga kenderaan darat dirampas.

Beliau berkata, sebanyak 298 sekatan jalan raya Operasi Benteng juga dilaksanakan semalam yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan-kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

Sementara itu, sejak 24 Julai hingga semalam, 62,490 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di 67 hotel dan 20 premis lain termasuk institut latihan awam dan institusi pengajian swasta.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 9,315 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 384 orang dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 52,791 individu lagi telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

Mereka pulang dari 36 negara iaitu Filipina;  Thailand;  Indonesia;  Kemboja;  Singapura;  Vietnam;  Brunei; Laos; Qatar; Pakistan; Arab Saudi; Hong Kong; India; Emiriah Arab Bersatu;  Jepun;  Turki;  Korea Selatan; Iran; Nepal; Bangladesh; Myanmar; Timor Leste; Taiwan; China; United Kingdom;  Belanda;  Papua New Guinea; Mesir; Sepanyol; Perancis; Australia; New Zealand; Amerika Syarikat; Ethiopia; Maldives dan Oman.

Dalam pada itu, beliau berkata, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh. – SM

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button