BeritaPendidikanPolitik

Naib Canselor UMT Diarah Bercuti

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar diarah bercuti serta merta bermula bulan ini sehingga kontrak perkhidmatan beliau tamat pada April 2020.
Lapor portal berita Terengganu Today, tindakan itu difahamkan mempunyai hubung kait dengan tindakan beliau yang dilihat kurang bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan yang mahu menggabungkan UMT dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Nor Aieni dilantik ke jawatan itu bermula 13 April 2015.
Seorang aktivis masyarakat Myocho Kan berpendapat tindakan itu seolah-olah mahu menutup mulut rakyat daripada bersuara.
“Tindakan itu difahamkan mempunyai hubung kait dengan tindakan beliau yang dilihat kurang bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan yang mahu menggabungkan UMT dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
” Kalaulah pendapat seorang cendekiawan tidak boleh diterima oleh orang yang bukan ‘setahapnya’ dan diarahkan bercuti, apatah lagi pendapat orang ramai tentang sistem pendidikan yang harus diperbaiki dan diperstrukturkan semula?
“Sistem pendidikan itu milik negara dan semua warga Malaysia, bukannya mengikut citarasa mana-mana satu individu!” katanya.
(Visited 687 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button