Luar Negara

Nahas Sriwijaya Air 182: Cuaca buruk bantutkan usaha SAR cari serpihan, mangsa

CUACA buruk membantutkan pencarian serpihan pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang terjunam di perairan Kepulauan Seribu dan mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut.

Menurut Liputan6.com, usaha tetap diteruskan dan perkara itu dinyatakan oleh Koordinator Lapangan Posko BMKG Jakarta International container Terminal (JICT) Sugarin.

“Cuaca buruk di lokasi pencarian pesawat yang jatuh, Sriwijaya Air SJ 182 sejak Rabu lalu membuatkan usaha pencarian puing-puing atau serpihan pesawat dan mangsa terpaksa dihentikan.

“Keadaan cuaca angina kencang mengganggu operasi mencari dan menyelamat (SAR) namun usaha itu diteruskan sebaik sahaja keadaan cuaca kembali elok,” kata Surgarin di Dermaga JICT 2, Tanjung Priok di Jakarta Utara.

Cuaca buruk dilaporkan sejak kelmarin (Rabu, 13 Januari) dan beliau menambah, pihak penguatkuasa yang menjalankan kerja-keraj SAR mengharapkan mereka dapat meneruskan kerja-kerja itu.


Untuk rekod, hari ini genap seminggu (tujuh hari) sepatutnya kerja-kerja pencarian serpihan pesawat malang itu oleh pasukan SAR  tetapi disebabkan keadaan cuaca, usaha itu tergendala.

Pasukan SAR berharap agar keadaan cuaca terus baik walaupun hujan rintik-rintik di sekitar lokasi pencarian.

 

Sementara itu, Timbalan Operasi Pencarian dan Kesiapsiagaan Basarnas, Bambang Suryo

Aji berkata, pasukan SAR gabungan masih belum dapat meneruskan pencarian mangsa korban pesawat Sriwijaya Air 182, termasuk pasukan menyelam.

Beliau berkata, buat sementara waktu, mereka hanya berada di atas bot masing-masing dan menunggu sehingga keadaan cuaca lebih kondusif.

“Dari pagi sampai sekarang, cuaca mendung dengan hujan rintik-rintik. Jadi operasi SAR ditunda daulu sehingga cuaca baik dan boleh diteruskan operasi menyelam,” kata Suryo.

Pandangan Suryo disokong oleh Kordinator Lapangan Posko BMKG JICT, Surgarin dan mungkin hari ini, Jumaat, sekiranya cuaca baik, usaha SAR akan diteruskan.

“Kita tengok kondisi cuaca. Kalau baik, kita teruskan. Itulah sebabnya kami mengharapkan agar pencarian Sriwijaya Air 182 boleh bersambung hari ini,” ujar beliau. – SM

 

(Visited 124 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button