Kemalangan

Nahas Ngeri Awal Pagi, Bas Pelancong Hancur Rempuh Lori – 2 Terkorban, 16 Cedera

DUA lelaki maut manakala 16 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan dua buah lori di Kilometer 80.7 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Ayer Hitam awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, insiden tragis yang berlaku sekitar jam 12.44 pagi itu melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 46 penumpang – terdiri daripada 44 lelaki dan dua wanita – dipercayai pelancong dari India.

Ketika kejadian, bas terbabit bertembung dengan sebuah lori tunda jenis Volvo dan sebuah lori tangki. Akibat rempuhan tersebut, dua lelaki dipercayai penumpang bas tersepit di bahagian hadapan dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Kami terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong struktur bas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” kata Komander Operasi dari BBP Ayer Hitam.

Selain dua mangsa maut, seramai 14 lelaki, seorang wanita serta pemandu bas turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Manakala 28 penumpang lain termasuk pemandu kedua dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Pemandu lori tunda berusia 42 tahun dan pemandu lori tangki berusia 33 tahun turut terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Operasi menyelamat melibatkan dua jentera dan 14 anggota dari Balai Bomba Ayer Hitam dan Yong Peng, sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.02 pagi.

Kreadit: Berita Harian

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button