Kemalangan

Mayat lelaki ditemui di lereng Bukit Bendera

MAYAT seorang lelaki berusia 51 tahun ditemukan di kawasan lereng Bukit Bendera, Ayer Itam, Pulau Pinang pagi ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Ooi Hock Eng, 51, dari Sungai Ara, Bayan Lepas dijumpai oleh pendaki lain yang sedang mendaki Bukit Bendera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.39 pagi.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika menjalani aktiviti mendaki di bukit itu awal pagi tadi.

“Sebaik pihak bomba tiba, mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan lereng bukit berkenaan, pasukan perubatan Kementerian Kesihatan yang menjalankan pemeriksaan ke atas lelaki itu mengesahkan dia telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu.-SM

(Visited 448 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button