Hiburan

Nadzmi Adhwa Hadiahkan Isteri Kereta Alphard

Baru-baru ini pelakon dan pengacara Nadzmi menghadiahkan sebuah kereta Toyota Alphad sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Nadzmi menyatakan dia membelikan isterinya, Ardell Aryana kereta berkenaan sebagai tanda terima kasih apabila menjadi ibu kepada anaknya dan isteri yang sentiasa menjadi pembakar semangat.

“Dia tidak pernah sekali pun minta apa-apa daripadasaya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada dengan saya.

“Terima kasih kerana menjadi ibu pada anak saya dan terima kasih sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya,” tulisnya.

Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa pada Jun tahun lalu. – SM

(Visited 535 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button