Hiburan

Nabila Razali menangis tak dapat sertai AJL

PENYANYI, Nabila Razali mengakui dia menangis kerana tidak berpeluang untuk menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) dek kerana faktor kesihatan dirinya.

Menurutnya, segala persediaan termasuk daripada segi baju dan vokal sudah dijalankan apatah lagi memasuki AJL adalah sesuatu yang diinginkan sejak dahulu lagi.

“Bila doktor beritahu supaya berehat daripada menyanyi kerana tidak mahu memberi tekanan pada kotak suara, memang saya menangis.

“Sebab impian untuk menyanyi dalam AJL adalah sesuatu yang sedang diimpikan sejak dahulu lagi,” katanya.

Ditanya sama ada berapa lama dia mengambil masa untuk berehat, jelas Nabila, doktor hanya menasihatkannya untuk berehat selama yang boleh.


Jelasnya, dia juga ada bertanya kepada rakan-rakan yang mempunyai sakit yang sama dan mereka mengambil masa selama enam bulan hingga setahun untuk berehat.

Bercerita bagaimana dia mula sedar kesakitan yang dihadapinya, Nabila berkata dia pada mulanya tidak menganggap perubahan suaranya sebagai sesuatu yang serius.

“Saya ingatkan perkara biasa sebab tak cukup tidur dan sebagainya. Tapi cikgu vokal pun ada beritahu yang suara saya dan mula berbeza.

“Itu yang saya buat pemeriksaan dengan doktor dan memberitahu apa yang berlaku,” jelasnya. -SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button