Nasional

Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk bincang kes Azam Baki ditangguh

MESYUARAT Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi membincangkan isu-siau agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dijadualkan pada Rabu ini, telah ditangguhkan.

Pada mesyuarat berkenaan antara lain turut diajdualkan memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang kini berhadapan kontroversi pemilikan saham.

Surat penangguhan yang telah tersebar itun itu ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin, bertarikh hari ini.

Berdasarkan surat itui antara lain, penangguhan itu berikutan membabitkan beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan undang-undang daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Parlimen terlebih dahulu.

Pada 13 Januari lalu, Ahli PSC yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, dilaporkan berkata jawatankuasa itu sudah meminta Azam hadir ke mesyuarat jawatankuasa itu, Rabu ini  bagi menjelaskan dakwaan pemilikan saham yang dikaitkan dengannya.

Malah  Nizam Mydin dalam pekeliling bertarikh 11 Januari 2022 menyebut, PSC akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan untuk membincangkan isu pemilikan saham Azam.

 

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button