fbpx
Hiburan

Nabil dikecam kerana sengaja perli Azwan Ali

KEMUNCULAN semula Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva Azwan Ali di kaca televisyen sebagai pengacara mendapat sambutan baik ramai peminat.

Bukan sahaja pujian, ada juga yang merasa lega kerana akhirnya mereka dapat lepaskan kerinduan untuk melihat gaya profesional seorang pengacara.

Namun, dalam Gegar Vaganza 7 (GV7) semalam, pelawak, Nabil Ahmad membuat satu kenyataan humor sewaktu pembukaan program tersebut yang ternyata mendapat reaksi negatif netizen.

Ayat yang diungkapkan Nabil ialah ‘Selalu Pegang Selfie Stick, Dah Lama Tak Pegang Microphone’ itu didawah sengaja ditujukan kepada Azwan Ali.

Bagaimanapun, ungkapan tersebut telah mendapat reaksi negatif netizen di Twitter yang rata-ratanya menyatakan Nabil tidak seharusnya berbuat demikian.


“Kenapa Nabil #gegarvaganza2020 nak downgrade comeback Diva AA? ‘selalu pegang selfie stick, dah lama tak pegang microphone…’ What do you mean by that????

“Satu episod AJL Diva AA pun tak equivalent dengan engkau punya the whole hosting career! Please public, sincere apology!” luah seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @JefriAduba.

Rata-rata netizen yang tidak senang dengan tindakan Nabil itu turut meminta pelawak tersebut untuk mengeluarkan kenyataan maaf berkaitan kenyataannya itu.

Ketika ini, Diva AA atau Azwan Ali merupakan pengacara untuk rancangan Lagu Cinta Kita yang ditayangkan di TV3 dan serentak dengan GV7. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button