Nasional

Seru institusi perbankan mulakan “dana COVID-19”

Oleh DATUK MOHD NOORDIN ABBAS
Pemerhati Bebas

ADALAH baik bagi Malaysia untuk mengikut langkah banyak negara di seluruh dunia dalam usaha membendung peningkatan pandemik COVID-19 dengan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok Rabu 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Kawalan pergerakan adalah suatu langkah utama ke arah mengekang jangkitan wabak ini.

Pada masa sama, kami rakyat Malaysia ingin melihat langkah-langkah lain yang akan diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan usaha pencegahan virus berbahaya ini.

Kami juga ingin melihat bagaimana kita, sebagai warganegara yang penyayang dan berpekerti cintakan tanah air dapat mengambil bahagian menyumbang dan membantu kerajaan dalam usaha melawan pandemik ini.

Kita sedar bahawa lebih jauh lagi ke arah pelaksanaan kawalan pergerakan ini, kerajaan mesti memulakan usaha lain untuk membendung wabak ini dari tersebar secara tidak terkawal.

Berikut adalah beberapa cadangan jika usaha ini belum lagi dimulakan oleh pihak berkuasa: –

1) Menggerakan pemeriksaan di seluruh negara secara langsung terhadap individu yang disyaki dijangkiti. Sasar kawasan orang yang dijangkiti telah pergi beberapa hari sebelum mereka diuji positif. Usaha ini mesti dijalankan secara agresif.

2) Memanggil sukarelawan untuk membantu di hospital terutama mereka yang mempunyai pengetahuan dalam perubatan.

3) Tubuhkan “mobile teams” dengan keanggotaan beberapa sukarelawan dalam setiap pasukan. Hantar mereka terutama yang mempunyai pengetahuan perubatan untuk menjalankan pemeriksaan di seluruh negara.

4) Tubuhkan pasukan sukarelawan yang menyediakan pengangkutan kepada mereka yang disyaki positif ke hospital atau sediakan unit penjagaan yang bersesuaian.

5) Menyeru syarikat termasuk korporat mengambil bahagian menyediakan “unit penjagaan yang sesuai” dengan membenarkan mana-mana bahagian premis mereka untuk digunakan merawat pesakit yang dijangkiti. Ini dilakukan dengan panduan pakar perubatan yang disediakan oleh pihak berkuasa.

6) Menggerak dan menyelaraskan sukarelawan untuk menderma dan mengedarkan makanan kepada mereka yang tidak berumah (homeless) dan yang di bawah kategori kumpulan ini supaya mereka tidak menjadi mangsa ‘cagaran’ pandemik ini.

7) Menggesa institusi perbankan untuk memulakan “Dana COVID-19” dalam menyokong semua aktiviti berkaitan pencegahan COVID-19.

8) Fokus kepada pemilihan sukarelawan berumur antara 20 hingga 40 tahun kerana mereka ini sepatutnya menjadi kumpulan umur yang berkemampuan untuk menjalankan usaha membendung penularan pandemik ini.

Saya cukup yakin kerajaan akan dapat menyaksikan sifat budi pekerti dan penyayang yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia di sebalik kesukaran ini, untuk membantu sesama kita dalam semangat perpaduan sejati.

Lagipun, kita seiring bersama berdepan detik-detik sukar ini. Bukankah kita semua rakyat Malaysia? – SM

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button