Jenayah

Myvi rempuh bulatan, pemandu cedera

SEORANG lelaki cedera selepas merempuh bulatan Jalan Midah 2, Taman Midah, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Pusat gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.44 pagi tadi.

“Sebanyak tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang telah melanggar bulatan.

“Pemandu kereta, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an juga cedera akibat rempuhan dan telah dikeluarkan sebelum dibawa ke hospital,” katanya. – SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button