JenayahNasionalNegeri

Polis buru ‘Akbar’ kes samun RM22,000 wang zakat

POLIS giat memburu lelaki warga asing dikenali sebagai ‘Akbar’ yang menjadi dalang kumpulan kes samun pecah cermin kereta sebelum melarikan wang zakat berjumlah RM22,000 di Kangar Jaya, Kangar pada pukul 2.47 petang pada 5 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Assisten Komisioner Yushariffudin Mohd Yusop berkata, Akbar, 35 yang masih bebas ini berkulit cerah, kurus dan ketinggian 165 sentimeter.

‘Akbar’ sebagai dalang kumpulan samun pecah cermin kereta di Kangar, Perlis diburu polis.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini dan juga suspek diminta untuk menghubungi Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di talian 04-9082222 atau balai polis berhampiran,” katanya pada sidang media di IPD Kangar di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, katanya, kereta milik seorang imam berusia 51 tahun telah dipecahkan cermin dengan menggunakan sebatang besi sepanjang 11 sentimeter.

Katanya, mangsa telah meletakkan duit tunai itu dalam sampul surat besar pada bahagian belakang tempat dikeretanya

“Sebaik selesai urusan bank, mangsa singgah di sebuah kedai untuk membeli barang dan hanya menyedari kejadian malang setengah jam selepas itu,” katanya.

Yusharifuddin berkata, empat suspek ditahan polis pada pukul 5.20 petang pada 6 April lalu di dihadapan sebuah kedai makan berdekatan kawasan Prai, Pulau Pinang.

Yusharifuddin menunjukkan kereta yang diguna suspek untuk memantau mangsa yang mengeluarkan wang tunai dari bank sebelum memecahkan cermin kereta untuk menyamun.

“Hasil soal siasat itu kesemua suspek mengaku terlibat dalam kejadian samun berkenaan,” katanyq.

Yusharifuddin berkata, sebanyak RM3,466 yang dilaporkan hilang telah ditemui, peralatan yang digunakan semasa melakukan jenayah, serta pakaian hari raya yang dibeli dipercayai menggunakan wang hasil jenayah.

Katanya, turut ditahan sebuah kereta Proton Wira yang digunakan oleh suspek untuk memantau mangsa yang keluar dari bank sebelum bertindak memecahkan cermin kereta.

Yushariffudin berkata, empat anggota kumpulan ini yang berumur dari 37 hingga 50 tahun telah ditahan reman yang akan berakhir besok (12 April).

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Yusharifuddin menasihatkan orang ramai yang mengeluarkan wang tunai dari bank supaya terus pulang ke rumah bagi mengelak disamun. – SM

BACA Samun: Koperal polis ditahan, dua lagi diburu

BACA Polis buru dua lelaki serang pelajar wanita di Dutamas

(Visited 488 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button