Politik

Tommy Thomas mengaku sebagai lantikan politik

TOMMY Thomas mengaku jawatan yang disandangnya sebelum ini iaitu sebagai Peguam Negara adalah merupakan lantikan politik.

Jelas Thommy, dia telah dilantik oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Justeru apabila perdana menteri ke-7 itu meletakkan jawatan adalah wajar untuknya turut meletakkan jawatan.

“Kedudukan saya sebagai peguam negara adalah lantikan politik dan oleh Dr Mahathir Mohamad.

“Apabila perdana menteri meletakkan jawatan, saya wajib berbuat demikian kerana saya dilantiknya. Juga penting untuk saya ketepi supaya perdana menteri boleh melantik peguam negaranya,” katanya seperti yang dilaporkan oleh FMT.

Tommy yang dilantik ke jawatan tersebut pada 5 Jun 2018 melepaskan jawatan tersebut pada 28 Februari lalu iaitu empat bulan sebelum kontraknya tamat pada bulan Jun nanti.

Sepanjang lantikannnya beliau membawa pertuduhan ke mahkamah antaranya kes skandal kewangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Yang terbaharu beliau memutuskan untuk menggugurkan semua pertuduhan ke atas 12 tertuduh yang didakwa berkaitan sokongan terhadap kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut Tommy, keputusannya untuk meletakkan jawatan juga kerana  faktor perubahan tampuk pemerintahan  yang seiring dengan tradisi di United Kingdom dan demokrasi matang lain.

“Saya cuba sebaik mungkin untuk menegakkan keadilan dan mengelakkan ketidakadilan sehingga hari terakhir saya di pejabat. Saya berterima kasih atas peluang ini,” kata Tommy.-SM

(Visited 546 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button