Nasionalpilihan

PM buat tinjauan mengejut ke Kompleks CIQ BSI

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telaj melakukan tinjauan mengejut ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru hari ini. Lawatan pagi tadi itu turut disertai Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menerusi Facebook miliknya, Ismail Sabri berkata, tinjauan beliau ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bharu mendapati kompleks berkenaan sudah kembali pulih selepas sempadan negara dibuka semula sepenuhnya.

“Saya mendapati kemudahan-kemudahan termasuk pengangkutan awam dalam keadaan baik kecuali kerosakan eskalator dan ‘autogate’ untuk pemegang pasport Malaysia.

“Kekurangan ini perlu diselesaikan segera untuk kemudahan Keluarga Malaysia dan pengembara dari luar kerana ia merupakan salah satu pintu masuk utama negara,” ujarnya.

Sementara itu, Onn Hafiz mengucapkan terima kasih di atas lawatan mengejut Perdana Menteri itu melalui satu hantaran di akaun Facebook rasminya pagi ini.

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sudi turun padang melihat sendiri keadaan di CIQ BSI. Semoga dengan lawatan ini akan membawa limpahan rahmat kepada pengguna,” katanya dalam video tersebut,” jelasnya. – SM

Baca artikel ini > Johor berhasrat menjadi hab pembuatan peranti perubatan

 

(Visited 424 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button