Nasional

PKPD di Asrama Tropicana, One Utama ditutup

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Asrama Tropicana di Petaling Jaya
selama 14 hari berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 12 Oktober.

PKPD yang akan tamat pada 25 Oktober itu terpaksa dikuatkuasakan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia
tmengesahkan terdapat kes positif COVID-19 yang melibatkan pekerja-pekerja Tropicana Corporation Berhad di Petaling Jaya.

“Dengan pelaksanaan perintah ini semua penghuni dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, pelaksanaan PKPD ini tidak melibatkan kawasan Tropicana Golf Club & Country Resort,” kata Ismail Sabri.

Sementara itu sebuah pusat membeli belah, One Utama juga di Petaling Jaya turut diarahkan ditutup selama 7 hari bermula 12 Oktober ini.

Penutupan tersebut bagi membolehkan proses saringan kepada semua pihak yang terlibat dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan proses sanitasi dilaksanakan.

Dalam pada itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-207 dan Hari ke-123 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan semalam menyaksikan 450 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

Daripada jumlah itu, seramai 378 individu telah dikompaun, seramai 66 individu direman dan 6 dijamin.

Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (150), aktiviti di pusat hiburan (91) kesalahan penjarakan fizikal (80) dan gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (60).

Turut ditahan kerana terlibat dengan aktiviti pelacuran (21) tangkapan pendatang asing tanpa izin (15), parti liar (10) pelanggaran SOP di kawasan PKPD (21), menggaji pekerja asing tanpa permit (1) dan lain-lain (1).-SM

 

 

 

 

 

(Visited 340 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button