Nasional

516 pemekat oksigen dipasang di PKRC MAEPS 2.0

PUTRAJAYA: Sebanyak 516 unit pemekat oksigen akan ditempatkan di Dewan A dan C Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang yang merawat pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat.

Pengarah PKRC MAEPS 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim, berkata langkah itu sebagai persediaan keperluan peningkatan pesakit yang memerlukan bantuan oksigen.

Beliau berkata, seramai 1,670 pesakit COVID-19 kini dirawat di PKRC MAEPS 2.0 dengan 1,300 pesakit terdiri kategori tiga, manakala bakinya kategori empat.

“Tumpuan warga petugas kita adalah untuk kedua-dua kategori ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kategori tiga merujuk kepada kes radang paru-paru, tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen, manakala kategori empat mempunyai radang paru-paru yang memerlukan oksigen.

Katanya, pesakit perlu dipindahkan secara berperingkat ke dewan lain untuk sementara bagi mengosongkan ruangan yang membabitkan kerja pendawaian itu.

“Kontraktor yang terbabit dengan kerja pendawaian itu juga akan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai langkah keselamatan,” katanya. – BERNAMA

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button