NasionalNegeri

JPPM Perlis berterusan beri khidmat nasihat kepada persatuan

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Perlis sentiasa membantu dalam usaha memberi khidmat nasihat kepada persatuan-persatuan di negeri ini dengan pelbagai kaedah dan secara berterusan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan barisan Pengarah-Pengarah Negeri RoS Malaysia yang mengikuti program Kayuhan MAIPs Peduli semasa singgah di My Home Village di Arau.

Antaranya termasuklah program turun padang “ros_care” bagi tujuan mendekati pertubuhan yang sedia ada, taklimat tadbir urus pertubuhan berkualiti kepada pertubuhan baru serta program kolaborasi bersama agensi kerajaan yang lain seperti Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan persatuan penduduk.

Maklumat tersebut dipersembah maklumkan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Perlis, Mohd Khalil Mohd Hashim kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Arau baru-baru ini.

Program tersebut adalah bersempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri RoS
Malaysia yang diadakan di Perlis.

Turut serta ialah Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Timbalan, Wan Zainul Azam Khamid.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan bantuan MAIPs kepada salah seorang asnaf semasa mengetuai program Kayuhan MAIPs Peduli dengan barisan Pengarah-Pengarah Negeri RoS Malaysia di Arau.

Seramai tiga asnaf terpilih iaitu Mohd Zailani Said, 61 dari Kampung Bakong, Shiful Ikram Ismail, 46 dari Kampung Tengah, Titi Besi dan Hakimi Man, 63 dari Kampung Bakong menerima sumbangan MAIPs berupa wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli, beras fidyah dan kipas angin daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Sempena program tersebut Raja Muda bagi mengalakkan lagi sektor pelancongan untuk kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 turut berkenan meluangkan masa singgah melawat My Home Village yang terletak di Lorong Hj. Wan Ahmad, Arau.

Ia merupakan sebuah inap desa yang menyediakan kolam mandi terbuka bersaiz besar.

Baginda turut berkenan merasmikan projek pembangunan sosio ekonomi asnaf melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) berupa perniagaan shawarma yang diusahakan oleh Azizi Razali di Kampung Guar Sanji.

Pihak ATAM telah menyumbangkan sebanyak RM1,300 untuk membeli kelengkapkan dan keperluan bagi menjalakankan peniagaan shawarma itu.

Program diakhiri dengan majlis penutup di Laman Juwita Arau yang diusahakan oleh Rizwan Ahamed Badrudin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan barisan Pengarah-Pengarah Negeri RoS Malaysia yang mengikuti program Kayuhan MAIPs Peduli semasa singgah di sebuah rumah asnaf di Arau.

Laman Juwita ini akan mengadakan jualan berkonsepkan vendor dan tema-tema yang unik yang telah mendapat perhatian dan kunjungan rakyat Perlis khususnya di sekitar Arau. – SM

BACA Geran kerajaan pacu aktiviti Persatuan Kebajikan Wanita Wang Bintong

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button